Tuesday, 26 June 2012

Renungan sebelum peperiksaan

Ibu bapa aku bukan lah majestreet mahu pun pegawai-pegawai besar yang boleh setiap ketika aku akan menduduki peperiksaan datang bersama buah tangan yang mahal-mahal mahu pun kuih muih yang indah-indah hiasan nya. Bagi mereka cukup lah kiranya peperiksaan ku diiringi dengan doa ikhlas mereka serta pesanan keramat abah untuk ku agar aku belajar sebaik mungkin. Ibu dan abah tidak pernah membanjiri kami dengan kemewahan semata, dan mereka seringkali memberi peringatan bahawa pikirlah sebaik mungkin sebelum membuat sesuatu keputusan. Aku sedikit pelik memlihat kan mereka yang mahu menunjuk-nunjuk tentang kekayaan ibu bapa mereka mahu pun kemewahan mereka. ingat lah manusia sesungguhnya semua itu adalah ujian ALLAH semata. Kalau kau hidup menumpang kesenangan ibu bapa mu, nescaya kemudian hari kala ibu bapa mu tiada kau akan kesusahan. Maka saynagilah ibu bapa anda dan bukan sayangi harta mereka.

No comments:

Followers