Thursday, 14 February 2013

Berbicara dengan Illahi

Ya Allah

Aku berbicara dengan tuhan, mengenai Jodoh.
Sesungguh nya, aku memohon pada yang Esa, dekat kan Jodoh ku, cepat kan lah ia.
Terlalu lama hati ini kosong, mungkin.
Aku sudah bersedia, kerana aku yakin. Jalan menuju syurga itu akan mudah jika segera menempuhi alam itu.

Lumrah manusia, dijadikan berpasang pasangan. Aku mohon pada Allah, agar jodoh ku mampu membawa ku ke Jannah.
Aku ingin kan teman, juga kemudian saham akhirat yg bisa mengiringi hari mati ku nanti dengan sumbangan Al-Fatihah. Serta mampu memberi ku bonus pahala di akhirat nanti.

Iya usia muda lagi, tapi aku juga sedar mati tidak mengenal usia. Aku belum cukup amalan, semoga denga adanya jodoh itu bertambah sedikit amalan ku serta jambatan ke syurga.
Memang mudah orang kata, alah jodoh itu rahsia Allah. Mungkin kerana kau sudah yakin dengan jodoh kau itu seadanya.

Kau berbeza dengan aku, Aku tidak punya apa-apa atau pun sesiapa. Hanya ada ibu bapa dan Illahi yang satu.
Tahniah hidup kau lebih bahagia dari aku, sekalung tahniah aku ucapakan.
Tetapi aku masih lagi begini, tidak seperti dulu. Semakin cuba mendekatkan diri pada nya. Kerana aku takut akan mati, aku takut janji Illahi dan aku ingin menjamah wangian firdausi.

No comments:

Followers