Usia semakin meningkat, pemikiran harus lebih matang.
Hidup perlu dijauhkan dari segala jenis kejahilan, Memang susah tapi aku mesti cuba.
Kalau sentiasa nak ikut orang tiada kesudahan la.
Pandang kiri toleh kanan,
Aku sedar hidup ini perlu ada pegangan sampai bila nak ikut telunjuk orang?
Biar kita dikutuk, biar kita dibenci atau biar kita di pinggir asal kita sedar diri bahawa kita sentiasa ada Allah.
Pepatah Inggeris ada menyebut, Stand for what you believe even if you are standing alone.
Ini memang aku, setiap apa yang betul akan aku sokong, yang salah akan aku pangkah.
Terima Kasih Sahabat,
Walau hanya untuk sepatah dua perkatan, sesungguh nya ia amat menyenangkan dan mengembirakan.
Biar diri ini tak punya ramai kawan asal ada seorang sahabat yang setia meneman hingga ke hujung perjuanggan. Cukup!
Sedikit demi sedikit, lama kelamaan aku pilih untuk memencilkan diri,
kerana aku hati mudah terusik, mudah terasa. Tak seperti dulu, dulu hati ini keras macam batu
kini hati ini tidak seperti dulu.
Untuk apa kita kerasakan hati walhal kita tahu penghujung hidup ini mati, biarlah hati ini lembut sering menangis mengingati Illahi.
No comments:
Post a Comment