Wednesday, 31 December 2008

kehidupan yang biasa..


ni aku update blog tompang lappy org.,
seb die ade brukband..

kulej bermula seperti biasa.,
tiada yang sepesial ataupun luar biasa.,
lecturer da start.,kelas pon dah dapat.,
jadual pon dah update.,
yang penting aku tade kene repeat any paper.,
itu yang aku suke.,
2 hari yang sangat sengsara.,
aku kene uruskan proses add drop subjek.,
walaupun aku takde add and drop any subjek.,
gile gaban penat.,
petang-petang aku tade kelas..
aktiviti aku adelah tidor sampai sampai nak telajak waktu asar.,
haha.,
aku da kene start beli buku.,walaupon loan mara belum masuk..
kene la mintak ikhsan ayahnda aku..,
well bebudak kolej maintain.,
macam tah ape-ape..
and aku tetap sangat kentang..
roomate aku sorang tuh dah lupe jalan balik hostel..
da dua hari tak nampak muke kat bilik.
tah kenapa aku tetibe buleh kene buli ngn peter n yen,.
ah! aku tak paham.,
kenape ek?
haha..
aku rindu kat khairul.
eh kenape aku bagi tawu korunk ek?
aku bosan seb mlm countdown ni aku ta le kua.,
seb ayahnda terchenta ta bagi kua.,
tape esok aku kasi ilang gian..
aku nak kua g shopping.,
lalalala.,
kulej kptm bangi!
tah pape jew.,
kan aku da cakap.,
kehidupan yang biasa.,

Sunday, 28 December 2008

the sounds from inside




Aku rindukan nya...


Aku juga turut geram dengan sikap nya...

Mungkin aku tidak serasi dengan nya...



Itulah kata-kata yang sering menikam hati dan jiwa ku, sampai kapan harus aku berjuang dengan perasaan sebegini.?

Marah dan kecewa sering menyelubungi benak ku,.memang nyata aku tidak dapat membohongi diri ku.,aku amat merindui dirinya..

Tapi sampai bila harus aku memendam rasa?
Mungkin aku terlalu ego?
Atau dia terlalu tetap dengan pendirian nya?

Nyata aku dan dia maasih belum cukup mengenali..,
Hingga aku rasa tiada keserasian dalam diri kami berdua.,
Dan aku hampir tersungkur dalam menilai tentang siapa dirinya.,

Ingin sekali aku menghentikan segala kekusutan ini.,
Dan memutuskan perhubungan ini.,
Tapi.,
Aku tidak harus melarikan diri dari masaalah..,
Dan tiada masaalah yang tiada jalan penyelesaian..


Thursday, 18 December 2008

Between love and hate

2 perkara berbeza:

love;

hate;

2 perkara yang berkaitan:

kejujuran;

penipuan;

2 perkara yang datang dari hati:

percaya;

khianat;


kenam-enam perkara ini adalah sama hanya datang dari unsur yang berbeza.,sangat berkait dalam kehidupan. Dan tentu nya bersangkutan dengan konflik dalaman aku.,
patutkah aku menyangi dia? atau membenci? patut kah aku jujur padanya? atau hanya berbohong? dan patut kah aku mempercayai nya atau mudah saja dia mengkhianati aku.?
Hidup ini tidak akan sama seperti hari-hari sebelumnya, aku cuba untuk mengembalikan kemesraan itu,.tapi kian kali, aku gagal. Mengenangkan perbuatan nya dahulu.. membuatkan aku takut.,berharap pada yang tidak pasti. Entah mengapa hati aku menjadi terlalu rapuh dan mudah di pecah kan, tidak seperti dulu kenyal dan boleh memantul..

Sering aku tertanya, adakah penghujung kepada hubungan ini melainkan perpisahan? nah.!
ternyata aku terlalu gopoh dalam membuat keputusan,.harus kah aku berpura-pura menyangi nya atau pun terus angkat kaki dan belah tinggal kan dia dalam kebuntuan? nyatanya aku tidak sampai hati memperlakukan sedemikian. Patut kah ku memberinya peluang kedua? dan adakah dia akan berubah atau pun terus mengulangi perbuatan bodoh nya itu? pikirlah yuni!! sampai bila harus begini? masa semakin mencemburui aku dan aku bakal meninggal kan bandar johor yang tercinta ini dan meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar di bangi..

Adui, bagaimana yea?
semakin kusut.,
adakah dia akan berubah?
atau terus flirting around.,
lagi dan lagi.,
sehingga kantoi bongek dengan aku lagi.,
-aku tengah ngek ni-

Hidup ini terlalu indah buat ku..

Terutama sekali ingin ku ucapkan terima kasih kepada 'abang-abang'ku.,yang sudah ku kenal terlalu lama dan mereka terlalu memahami aku. Oh tuhan! terima Kasih yea atas pemberian mu terhadap ku..,abang yang memahami. Di saat aku bersedih pastinya kamu akan ada untuk bertahan bersama aku,.Sejak di bangku sekolah lagi mereka lah penyeri hidup ku..saat suka dan duka kami kongsi bersama,.cuma aliran kami berbeza., aku tidak seperti mereka gemarkan enjoy dan chaos..hihi, aku agak sekema..tp pada org lain maseh nakal..ponteng kelas adalah hobi..membuli adalah rutin, dan mencarik pasal adalah agenda harian. aku tidak jau berbeza dari mereka..bertemu mereka kembali banyak mengingat kan aku kepada zaman sekolah.,kenakalan yang tidak terbendung.,pastinya kalau ibu baca blog aku dia akan terkejut! takkan dia sangka satu-satunya anak gadis nya senakal ini..well ini lah aku..hidup ku tidak banyak di penuhi dengan kawan perempuan.,semuanya lelaki..adik,aiman,abah,najib,tapa,erry n mereka2 yg lain..pelengkap hidup ku..

aku dibesarkan di dalam komuniti yang banyak bergaul dengan lelaki..dan aku sangat bersyukur.,oleh kerana itu lah aku jadi orang sekental ini..haha..
waktu di sekolah. aku sering menjadi bahan untuk di jeles dan di carik pasal oleh sang gadis yang lain, kerana mempunyai ramai kawan lelaki..sape suruh korang mengedix. kan dah tade jantan nak kawan and law ade pon mesti dorang just nak *bersedap-sedap.. cuba tengok aku,rilek jer.. well abang aku salu bilang aku tomboy,,so? ade aku kesah..? lantak korang lah..sebab itu lah korang nak kawan ngan aku kan? sebab aku tak segedix gurlpren korang..wah sesedap rase aku membidas orang ye? sungguh lancang mulut aku? peduli ape..aku memang mcm ni..do i care lau ade orang tak suka dengan aku? mampos korang lah...dari dulu sampai sekarang ade je orang yang ta suke dengan aku? so? so what? agagaga....

hidup aku sangat simple., gelak,berkawan,family,study untuk mencapai matlamat hidup,melepak and buat orang bingit dengan aku..mungkin bagi kamu yang lelaki pasti akan berfikir berkali-kali untuk jadi kan aku gurlpren kan?..bia lah..lau nak kat aku maka terimalah aku dengan seadanya..aku takkan berubah hanya semata-mata kerana kamu..tapi andai nya aku sudah berjumpa dengan idaman hati pasti nya aku akan berubah..well love life aku selalunya malang,, makeup n breakup..siot kan? belom jumpa yang serasi kowt,..tape pelahan2 lah..dan setiap kali aku menghadapi kebuntuan dalam percintaan pasinya abang-abang aku akn berada di sisi aku untuk memberi nasihat and olso gelakkan aku..cuz aku bongek! tatawa bercinta! ala tapi tu dulu! haha..mereka pasti takkan lepas kan makhluk-makhluk yang datang silih berganti untuk menyakiti jiwa ku..kalau aku mahu boleh saja abang aku meremuk kan muka-muka mereka yang tidak lah sehencem mana! wakaka..tpi malang nya aku tidak sehina itu, membenci mereka yang tidak di takdirkan untuk menjadi milikku..

aku bukan lah selalu berada di antara golongan yang majoriti malah aku lebih selesa menjadi minoriti, di mana aku boleh sesuka hati memangkah dan membenci orang sesuka hati aku namun aku tidak akan mengangu orang yang tidak mengangu hidup aku dan aku suka memberikan pendapat aku yang amat lancang ini tapi aku juga tidak lah suka melebel orang tanpa mengenali mereka....aku tidak rigid, aku cuba menjadi orang yang terbuka..,talk to me about anything,, what? politic,love,sex,world,war? sume aku boleh layan..

secara asas nya,. ade beberapa faktor dalam hidup ku yang sentiasa mengingat kan aku untuk bergembira dan senyum.,walaupun langit itu tidak selalunya cerah,.kadang kala aku lupa dan alpa,.tentang mereka yang sering membahagiakan hidup aku..,kerana mereka aku bisa senyum! gelak dan memekak! sayangnya aku pada mereka-mereka yang pernah memberi sinar dalam hidup ku tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.

simple words.you guys rock my world!
peace..
keep laughing.

Tuesday, 16 December 2008

Dimanakah Silap Aku?

di saat segala-galanya begitu indah, muncul pula sang petaka yang ingin menghancurkan kebahagiaan yang dengan penat lelah nya aku bina selama ini..,hubungan yang dibina atas dasar kasih-sayang dan kepercayaan yang mendalam serta kejujuran terpaksa menjadi taruhan. tidak pernah sesekali pon dalam hidup aku menyangka nasib aku semalang ini.,tika aku sudah pasti dengan sang arjuna yang akan membahagiakan aku di sepanjang kehidupan ku yang bakal menjelang., di mana dia akan membuat aku bahagia hingga ke akhir hayat ku dan dimana dia juga yang aku harap kan untuk menjadi sang bapa kepada zuriat-zuriat ku.,oh tuhan! bantulah aku.berikan aku kekuatan untuk harungi segala kekusutan ini,.sesungguhnya aku tahu bahawa engkau maha mendengar dan maha mengasihani. sesungguhnya aku amat buntu dan aku masih tidak mendapat apa-apa petunjuk pon dari mu,tuhan.

"kepada sang petaka"
mengapa..,mengapa..,dan sekali lagi aku bertanya mengapa! jauh di sudut hati aku ingin berkata 'sial kau betina!', untuk apa kau beritahu aku tentang apa yang pernah berlaku di antara kau dan dia? adakah kau mahu merampas kebahagiaan aku dan dia atau kau tidak puas hati bahawa dia adalah hak milik ku yang nyata untuk waktu ini?..umpama hidup ini tiada matlamat! kau rosakkan setiap kebahagiaan orang hanya kerana kau tidak mendapat apa yang dia dapat, begitu? perlukah kau sakiti hati seorang insan yang bergelar perempuan yang pada dasarnya kau juga seorang perempuan? tuhan itu tidak kejam wahai insan, pastinya dia akan membalas setiap perbuatan mu terhadap ku..

"kepada sang arjuna"
haruskah aku ulangi pertanyaan ku kepada mu separti mana aku ajukan kepada sang petaka?
untuk apa kau semai benih cinta yang konon nya ikhlas dan suci dimana ia nya telah kau sirami dengan kejujuran yang menjadi asas kepada perhubungan cinta yang aku anggap suci ini., duhai sayangku.,untuk apa segala kekusutan ini hadir di saat kita masih kuat menyangi sesama lain? gembira kah kau melihat kesedihan ku ini? bahagia kah kau dengan melihat setiap titisan air mata yang tumpah dan mengalir dari anak mata ku ini? andai nya itu adalah mahu mu,.akan kuterima dengan redha kerana niat ku padamu hanya lah satu,.mencintai dan dicintai. sampai mana kah kekuatan mu untuk mempertahan kan perhubungan ini. dan di mana pergi segala janji dan butiran-butiran kata manis mu itu wahai sayang?

ternyata kesedihan yang melanda ini adalah satu bencana yang tidak dapat aku halang..yang pastinya aku sentiasa memohon kepada tuhan agar memberi kan aku kekuatan untuk mengharungi segala kekusutan ini,.demi sayanku pada mu.,aku gagahkan hati ku ini dan terus melangkah untuk cuba melepaskan rasa risau dan sedih ini jauh dari ruangan hati ku...

Wednesday, 10 December 2008

He Complete me..did He?

Thank You Allah..
i never thought that in the end you finally send me someone
who really can love me as much as i love him,
and yet someone who really appreciate me so well,

The effort he shows me really captured my heart.,
sweetly every night he will whispered to me that how much he love me.,
every second without any text messages from he will damn missed me so much.,
and how he will worried about me just on simple things.,

And out of nowhere he will tell me that he love me and hope to be with me forever,
he take good care of me like i am a part of his life.,
I wish i can love him endlessly.
Till death keep us apart...,

Sunday, 7 December 2008

Percutian Ku Di PD

Aku bergerak dari jb on 4th December 2008 on 9.00am. Urm konon-konon aku nak tido sepanjang perjalanan tapi sudah nye tak jadi sebab adik aku yg bedua tuh sangat la memekak!!
harharhar...lateron aku kat pagoh mak aku lak yg nak tido soo aku lah yg tukang drive nye..so all the way to pd aku lah driver..whoa! syok!



muke aku sangat borink dgn adik2 aku yg memekak kt blakang tuh..
(front: aku back:saufie)

Well all the way to pd was all wet.,hujan selebat-lebat tidak..aku pon drowzy n nantok! tp seb adik aku yg bising2 jadi aku pon ta la sgt ngantok.(bahaye kan aku drive ngantok?) sebat habis
Sepanjang aku kat sane aku dok men pantai.,men panas.,men hujan..kalah bebudak!



ini kazen aku n adek dye..teruja nak g beach!
(left: ila right: kak ngah)

Well pada aku beach pd boley la tak sangat superb..aku bg 7 out of ten..not much yang aku dpt wat..agak bushyan law tade kazen aku..



menjejak kan kaki di
air laut



she sell seashell by the seashore



adik-adik ku menghavoc kan lagi vacation
(left: aiman right: saufie)



ini jam sula maw titow



sumpah ini tyme sangat panas



aku tangkap pic ni tanpa pengetahuan aiman



when kaki should be together


ila n buainya..haha



lagi-lagi aiman



hah kantoi aku men playground



aku kempunan nak men buai sebenanye nih..

da tataw maw cite ape lg.,so dats ut i guess..

Tuesday, 2 December 2008

Aku Dan Diri Mu

Ahh!! aku da tak dapat tahan perasaan aku nih!!
kenapa mesti ending nya mcam ni? sume org yang aku sayang slowly walk away dari life aku..
dear god! help me n guide me!


tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap

sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita

duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian

jika sang waktu bisa kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita

Followers