Tuesday, 16 December 2008

Dimanakah Silap Aku?

di saat segala-galanya begitu indah, muncul pula sang petaka yang ingin menghancurkan kebahagiaan yang dengan penat lelah nya aku bina selama ini..,hubungan yang dibina atas dasar kasih-sayang dan kepercayaan yang mendalam serta kejujuran terpaksa menjadi taruhan. tidak pernah sesekali pon dalam hidup aku menyangka nasib aku semalang ini.,tika aku sudah pasti dengan sang arjuna yang akan membahagiakan aku di sepanjang kehidupan ku yang bakal menjelang., di mana dia akan membuat aku bahagia hingga ke akhir hayat ku dan dimana dia juga yang aku harap kan untuk menjadi sang bapa kepada zuriat-zuriat ku.,oh tuhan! bantulah aku.berikan aku kekuatan untuk harungi segala kekusutan ini,.sesungguhnya aku tahu bahawa engkau maha mendengar dan maha mengasihani. sesungguhnya aku amat buntu dan aku masih tidak mendapat apa-apa petunjuk pon dari mu,tuhan.

"kepada sang petaka"
mengapa..,mengapa..,dan sekali lagi aku bertanya mengapa! jauh di sudut hati aku ingin berkata 'sial kau betina!', untuk apa kau beritahu aku tentang apa yang pernah berlaku di antara kau dan dia? adakah kau mahu merampas kebahagiaan aku dan dia atau kau tidak puas hati bahawa dia adalah hak milik ku yang nyata untuk waktu ini?..umpama hidup ini tiada matlamat! kau rosakkan setiap kebahagiaan orang hanya kerana kau tidak mendapat apa yang dia dapat, begitu? perlukah kau sakiti hati seorang insan yang bergelar perempuan yang pada dasarnya kau juga seorang perempuan? tuhan itu tidak kejam wahai insan, pastinya dia akan membalas setiap perbuatan mu terhadap ku..

"kepada sang arjuna"
haruskah aku ulangi pertanyaan ku kepada mu separti mana aku ajukan kepada sang petaka?
untuk apa kau semai benih cinta yang konon nya ikhlas dan suci dimana ia nya telah kau sirami dengan kejujuran yang menjadi asas kepada perhubungan cinta yang aku anggap suci ini., duhai sayangku.,untuk apa segala kekusutan ini hadir di saat kita masih kuat menyangi sesama lain? gembira kah kau melihat kesedihan ku ini? bahagia kah kau dengan melihat setiap titisan air mata yang tumpah dan mengalir dari anak mata ku ini? andai nya itu adalah mahu mu,.akan kuterima dengan redha kerana niat ku padamu hanya lah satu,.mencintai dan dicintai. sampai mana kah kekuatan mu untuk mempertahan kan perhubungan ini. dan di mana pergi segala janji dan butiran-butiran kata manis mu itu wahai sayang?

ternyata kesedihan yang melanda ini adalah satu bencana yang tidak dapat aku halang..yang pastinya aku sentiasa memohon kepada tuhan agar memberi kan aku kekuatan untuk mengharungi segala kekusutan ini,.demi sayanku pada mu.,aku gagahkan hati ku ini dan terus melangkah untuk cuba melepaskan rasa risau dan sedih ini jauh dari ruangan hati ku...

3 comments:

Unknown said...

Ya Allah,
kau bantulah sahabatku ini...
kau kuatkanlah iman dia untuk menempuh segala cubaan yang kau beri kepadanya..
kau hindarkanlah dia dari segala kesedihan..
kau jauhkan dia dari segala syaitan mahupun manusia yang melukai hatinya..
kau limpahkan lah rahmat dan hidayah untuknya..
kau cucurilah dia dengan kebahagiaan yang berkekalan...
Amin Ya Robbal Alamin..

fikri frantic said...

bagi cermin dan dia akan faham

Nazly Mahyunni said...

aku syg ko ana!

Followers